mutakhir

62 ahli kongsi gelap dicekup

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

JABATAN Siasatan Jenayah (JSJ) menahan 62 ahli kongsi gelap di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dalam Operasi Cantas Khas (Op Cantas Khas) sejak semalam.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya, hari ini.

"Syabas JSJ @PDRMsia tangkap 62 ahli kongsi gelap di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah dalam Op Cantas Khas sejak 18 Julai.

"Operasi masih berjalan," katanya.

Disiarkan pada: July 19, 2017 @ 9:45am
d