mutakhir

Jurutera disyaki rasuah RM30,000

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

JURUTERA syarikat perunding di Langkawi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, semalam selepas didakwa meminta dan menerima wang rasuah RM30,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Langkawi pada 5.30 petang bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah.

"Dia didakwa melakukan perbuatan itu daripada seorang kontraktor sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan kemajuan kerja bulanan yang dibuat oleh pengadu untuk mendapatkan tuntutan daripada pihak TNB.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan perintah tahanan reman akan dipohon hari ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan penahanan terbabit.

Disiarkan pada: July 19, 2017 @ 2:32pm
d