mutakhir

Saksi penting dicari

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan beberapa saksi penting bagi membantu siasatan pembelian sebuah hotel di London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Menurut sumber, dengan merakam percakapan saksi berkenaan, SPRM dapat mengumpul lebih banyak maklumat berhubung pembelian hotel empat bintang di Kensington antara 2013 dan 2015.

Katanya, kenyataan saksi itu penting untuk mengetahui sama ada wujudnya unsur rasuah dan penyelewengan dalam pembelian hotel itu.

“Pasukan penyiasat kini sedang mengesan saksi berkenaan bagi mendapatkan maklumat berhubung pembelian hotel itu untuk membantu melengkapkan siasatan,” katanya.

Sementara itu, SPRM sudah merakam percakapan enam lagi individu dari FIC berhubung pembelian hotel itu hari ini iaitu Ketua Hospitaliti FIC, Ketua Kewangan FIC, Pengurus Kanan Strategik dan Pelaburan, Eksekutif Kewangan, Pembantu Pengurus Kewangan serta Bekas Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan maklumat itu.

Disiarkan pada: July 19, 2017 @ 9:29pm
d