mutakhir

Padah 'cilok' harta orang

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

TINDAKAN pengusaha katering menyalahgunakan kad kredit milik seorang lelaki membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara 48 bulan, tiga sebatan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.

Selain itu, tertuduh Ahmad Saifudin Abdullah, 44, dari Kemaman turut berdepan hukuman penjara 10 bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Majistret Abdul Hayyi Salim selepas tertuduh didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan harta.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyalahgunakan kad kredit Visa Gold milik lelaki berusia 44 tahun dengan nilai RM2,028 di sebuah kedai telekomunikasi di tingkat bawah Pasaraya Giant, Jalan Hiliran, Kuala Terengganu, 12 tengah hari pada 24 April 2013.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Faizah Nor Randeran.

Disiarkan pada: July 20, 2017 @ 5:39pm
d