mutakhir

Sekejap dah dicekup

Oleh Norizuan Shamsuddin

Petaling Jaya: Tiga belia tempatan diberkas polis selepas melakukan samun bersenjatakan parang di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Petaling Utama, di sini.

Semua suspek sebelum itu dikesan menyerbu premis itu beramai-ramai sebelum mengugut pekerja premis serta melarikan puluhan kotak rokok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, semua suspek terbabit ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Petaling Jaya yang melakukan Rondaan Cegah Jenayah (RJC) di kawasan Taman Medan di sini, jam 7 malam kelmarin.

Katanya, hasil soal siasat mendapati suspek disyaki terbabit dalam kes samun sebuah kedai serbaneka 24 jam di daerah ini.

“Seorang suspek ditahan berusia 21 tahun manakala dua lagi berusia 20 tahun.

“Suspek disyaki melakukan samun bersenjatakan parang kira-kira jam 2.45 pagi dan hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sewaktu kejadian, semua suspek memakai topi keledar.

“Mereka direman selama empat hari sehingga 21 Ogos ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Disiarkan pada: July 21, 2017 @ 6:12am
d