mutakhir

OKU tunggang motosikal 41km hadiri konvokesyen

Oleh myMetro

Arau: Keterujaan untuk menghadiri majlis konvokesyen membuatkan seorang penuntut orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan bisu sanggup menunggang motosikal bersendirian sejauh 41 kilometer dari rumahnya ke Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, di sini, semalam.

Mohamad Rahmat Turman, 23 dari Sungai Korok, Jitra, Kedah, antara seorang daripada 16 graduan OKU pendengaran dan bisu yang memperoleh Sijil Kemahiran Khas (Hotel dan Katering) Politeknik pada Majlis Konvokesyen ke-11 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, di sini.

Mohamad Rahmat terpaksa datang bersendirian selepas ibunya, Noraini Ahmad, 46, tidak dapat meraikan kejayaannya itu kerana terpaksa bekerja.

“Saya sedikit terkilan ibu tidak dapat hadir kerana tidak dapat cuti daripada majikannya di Jitra.

“Namun, saya faham akan situasinya dan gagahkan diri untuk hadir bagi menerima anugerah sijil khas ini,” katanya yang kini bekerja di sebuah hotel di Alor Setar, Kedah.

Disiarkan pada: July 21, 2017 @ 6:48am
d