mutakhir

Tiga ditahan terbabit syabu

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

TIGA lelaki ditahan kerana terbabit dengan penyalahgunaan dadah pada Op Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Alor Setar, Kedah bermula jam 11 malam semalam hingga jam 5 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, suspek berusia 21 tahun hingga 34 tahun ditahan secara berasingan di sekitar bandar raya ini.

Menurutnya, hasil ujian air kencing suspek mendapati mereka positif dadah jenis syabu dan seorang daripada mereka turut memiliki syabu seberat 1.1 gram.

“Mereka kini direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Selain itu, 67 saman dikeluarkan atas kesalahan tidak memiliki lesen, cukai jalan tamat tempoh, mengubah suai kenderaan dan tidak memakai topi keledar,” katanya pada kenyataan.

Beliau berkata, sembilan motosikal dan dua kereta turut disita pada operasi itu.

Disiarkan pada: July 21, 2017 @ 3:51pm
d