mutakhir

Sembunyi bawah lori [METROTV]

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Nabihah Kamal 

 

SANGGUP bersembunyi di bawah lori simen antara gelagat Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mengelak daripada ditahan dalam Operasi Ikrar Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutan Kuala Lumpur (JIMWPKL), di Segambut, Kuala Lumpur hari ini.

 Dalam operasi bermula 3.30 pagi itu, JIMWPKL menyerbu penempatan haram lebih 100 rumah kongsi yang dihuni oleh lebih 300 warga asing.

 Ketua Bahagian Penguatkuasa JIM Kuala Lumpur Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan yang mengetuai operasi itu berkata, dalam operasi itu, seramai 290 warga asing diperiksa manakala 113 PATI termasuk 10 kanak-kanak ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

 "Seramai 113 individu yang tidak memilik dokumen adalah dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Sri Lanka.  

 "Susulan itu, semua yang ditahan dibawa ke depoh dan disiasat mengikut Seksyen 5(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 pindaan 2002 dan peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.

 

 

 

Disiarkan pada: July 21, 2017 @ 6:16pm
d