mutakhir

Reman bantu siasat beli hotel di London

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

PENGARAH syarikat perundingan pengurusan aset dan Ketua Unit Harta satu syarikat perkhidmatan pos direman enam hari, bermula hari ini, bagi siasatan manipulasi pembelian hotel di London.

Perintah tahanan reman kedua-dua individu terbabit dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim sehingga 27 Julai ini, di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Siasatan terhadap mereka adalah mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, mereka dibawa ke mahkamah oleh pegawai SPRM, pada 9.40 pagi.

Semalam, Harian Metro melaporkan SPRM menahan dua individu disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga bagi pembelian hotel di London oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Mereka ditahan di pejabat SPRM ketika hadir untuk memberi keterangan berkaitan siasatan pembelian hotel empat bintang di Kensington antara 2013 dan 2015, pada kira-kira 1 petang.

Berita berkaitan

SPRM tahan 2 suspek kes beli hotel di London

Disiarkan pada: July 22, 2017 @ 1:11pm
d