mutakhir

Tayang Ferrari di Padang Kota Lama

Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

EMPAT puluh sembilan pemilik Ferrari di Malaysia berkumpul meraikan ulang tahun ke-70 Ferrari di Padang Kota Lama, Georgetown, hari ini.

Perhimpunan itu membabitkan 44 pemilik dari Kuala Lumpur dan lima dari Pulau Pinang yang hadir dengan pakaian serba merah.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza World, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang memandu LaFerrari Alperta.

"Kita teruja apabila lebih 100 pengunjung turut hadir dan mengambil kesempatan bergambar dengan pelbagai modelFerrari yang turut serta dalam konvoi hari ini," katanya.

Disiarkan pada: July 22, 2017 @ 4:14pm
d