mutakhir

Peluang koperasi kembang aktiviti perdagangan

Oleh Siti Fatimah Hassan

Kuala Lumpur: Pindaan Akta Koperasi 502 yang akan dibentangkan di Parlimen dijangka membuka ruang lebih luas kepada gerakan koperasi untuk mengembangkan aktiviti perdagangan sekali gus dapat membantu pertumbuhan ekonomi domestik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia penting bagi memastikan kewujudan akta itu tidak menyekat koperasi untuk berkembang berdasarkan amalan tadbir urus yang baik.

“Kami sudah bersedia dengan meletakkan koperasi ini mengikut tahap satu, dua dan tiga. Ia penting kerana apabila sesebuah koperasi itu mencapai tahap satu, mereka akan diberi ruang mengikut akta yang ada untuk bebas menyertai aktiviti perdagangan berbanding sekarang,” katanya.

Disiarkan pada: July 23, 2017 @ 6:02am
d