mutakhir

Kereta terbabas langgar babi

Oleh Azahar Hashim

Kulim: “Binatang terbabit melintas jalan secara tiba-tiba menyebabkan saya tidak sempat mengelak lalu melanggarnya sebelum hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sehingga terlanggar bahagian tepi kanan kereta yang datang dari arah depan.”

Begitu kata Sarah Adnan, 27, selepas kereta Perodua Myvi dipandunya terbabit dalam kemalangan akibat melanggar seekor babi hutan menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan berlanggar dengan Toyota Caldina dalam kejadian di Jalan Perusahaan berhampiran Taman Tiram, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 pagi, mangsa dan lelaki yang berusia 20-an terselamat dan tidak cedera.

Disiarkan pada: July 23, 2017 @ 6:34am
d