mutakhir

Bakal pengantin cari bapa

Oleh Siti Fatimah Nasir

Kuala Lumpur: Seorang bakal pengantin berharap menemui semula bapanya sebelum majlis pernikahannya yang dijadualkan berlangsung pada 13 Oktober depan.

Norrizza Abd Mutalib, 24, berkata, dia dan bakal suami Mohd Syafiq Amsyar, 27, berharap bapanya, Abd Mutalib Ishak, 52, ditemui sekali gus menjadi wali perkahwinannya.

Guru itu berkata, sejak dilahirkan, dia tidak pernah berjumpa bapanya kerana ketika kecil, ibu dan ayahnya bercerai.

“Saya minta kerjasama orang ramai yang mengenali atau tahu alamat bapa supaya memaklumkannya dengan menghubungi talian 010-4480097,” katanya.

Disiarkan pada: July 23, 2017 @ 7:02am
d