mutakhir

Semoga diberkati Allah SWT

Oleh Zulfa Mohamad

TUJUH pasangan pengantin diraikan dalam Karnival Kahwin Meletop di Dewan Milenium, dekat Kepala Batas, hari ini.

Karnival Kahwin beramai-ramai itu anjuran Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu (GAPEMA) Pulau Pinang.

Pengerusi GAPEMA Zainol Abidin Ismail berkata, karnival berkenaan bertujuan membantu pasangan menjimatkan kos mengadakan kenduri kahwin selain memeriahkan majlis kerana tetamu setiap pasangan boleh bertemu di satu lokasi.

Katanya, melalui program berkenaan setiap pasangan hanya perlu membayar RM3,500 untuk menikmati pakej pakaian pengantin, solekan serta sesi fotografi.

"Jika mengambil kira kos RM3,500, ia jauh lebih rendah berbanding jika pasangan mengadakan majlis perkahwinan sendiri yang boleh mencecah RM15,000 hingga RM20,000," katanya.

Disiarkan pada: July 23, 2017 @ 3:33pm
d