mutakhir

Politik perkukuh agama

Oleh Idris Musa

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, agama tidak seharusnya digunakan untuk mencapai matlamat politik, sebaliknya politik untuk memperkukuhkan agama.

“€œBukan ertinya kita mahu mengetepikan agama lain dan tidak menghormati agama lain. Kita berpolitik adalah sekunder tapi agama harus kita junjung.

“Jika agama diberi keutamaan, insya-Allah apa yang kita lakukan ialah dengan hikmah (bijaksana) dan hasanah (kebaikan),” katanya berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan serta Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Abidin Mohd Rafique.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO, walaupun tidak pernah goyah memperjuangkan Islam dan orang Melayu, parti itu bukan parti perkauman.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan parti perkauman. Kemenangan kerusi BN bukan perkauman.

“Keberadaan kita dalam sebuah payung yang dipanggil BN cukup signifikan bagi membentuk suatu masyarakat yang dipanggil masyarakat majmuk.

“€œKita mahu rakan-kita dalam BN terus kuat, terus turun ke bawah, terus memberikan perkhidmatan kepada semua rakyat. Itu adalah konsep perkongsian kuasa yang diterjemahkan dan dalam hal ini UMNO terlalu baik kepada rakan-rakannya,” katanya.

Beliau percaya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti lebih hebat daripada sebelumnya apatah lagi dengan beberapa situasi menyaksikan budaya kebencian ditanam oleh pihak pembangkang terlalu hebat.

Disiarkan pada: July 23, 2017 @ 7:42pm
d