mutakhir

Serbu dua kedai jual selipar tiruan

Kuala Lumpur: Tidak hanya beg tangan atau kasut berjenama terkemuka antarabangsa menjadi mangsa cetak rompak, malah syarikat pengeluar selipar menerima nasib sama.

Terbaru anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur menyerbu dua premis
di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, selepas dikesan menjual pelbagai selipar berjenama terkenal tiruan dianggarkan bernilai
lebih RM16,000.

Dalam serbuan jam 11 pagi semalam, pihak KPDNKK melakukan serbuan susulan aduan diterima daripada wakil pemilik cap dagang sah jenama selipar berkenaan.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Kuala Lumpur Wan Mhd Yusof Wan Taib berkata, pihaknya merampas 5,556 pasang selipar tiruan dalam serbuan itu.

“Kedua-dua premis
itu menjual selipar palsu dengan melakukan promosi potongan harga seakan-akan ia produk tulen.

“Melalui pemeriksaan, semua produk selipar berkenaan sukar dibezakan dengan produk tulen berikutan ia mempunyai corak hampir sama dengan yang asli,” katanya.

Disiarkan pada: July 24, 2017 @ 11:23am
d