mutakhir

Dua pasangan remaja dicekup positif dadah

Oleh BERNAMA

EMPAT remaja, dipercayai dua pasangan kekasih ditahan selepas didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah bilik hotel Tampin, Negeri Sembilan, semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, serbuan dilakukan kira-kira 1 tengah hari oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Tampin selepas menerima maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata pemeriksaan pada tubuh suspek berusia antara 16 hingga 19 tahun itu tidak menemui apa-apa barang salah namun ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis Meth manakala seorang lagi positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).

“Tiga suspek iaitu seorang lelaki dan dua perempuan berasal dari Melaka manakala seorang lagi suspek lelaki berasal dari Shah Alam, Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua suspek yang positif dadah jenis Meth mengaku mengambil pil Estacy di sebuah pusat hiburan di Melaka dan mereka ditahan di IPD Tampin untuk siasatan lanjut.

Disiarkan pada: July 24, 2017 @ 7:56pm
d