mutakhir

Remaja dikhuatiri lemas

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

REMAJA lelaki dikhuatiri lemas di sungai di Kampung Sentosa, Badang, Kota Bharu, hari ini.

Dalam kejadian 5.15 petang itu, mangsa, Wan Ahmad Azzinuddin Wan Mazlan Ariffin, 14, dipercayai mandi bersama rakannya di sungai itu sebelum mahu menyeberangi sungai berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Azlan Zainal berkata, bagaimanapun, mangsa tidak berjaya ke seberang dan dikhuatiri lemas.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada 5.35 petang dan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik sampai, penduduk kampung sedang melakukan operasi mencari mangsa. Pihak kita melakukan operasi mencari dan menyelamat di kawasan sungai.

"Mangsa masih belum ditemui dan usaha sedang giat dilakukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Disiarkan pada: July 24, 2017 @ 8:49pm
d