mutakhir

Laluan ke selatan terhalang

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

LALUAN ke selatan di Lebuhraya PLUS terhalang sepenuhnya berikutan lori kontena terbakar di Kilometer 168.2 arah selatan, hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Deputi Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, susulan kejadian itu, pengguna lebuh raya dari utara diingatkan untuk menggunakan laluan lencongan di Kilometer 169.9 yang dibuat oleh pihak PLUS.

"Pihak PLUS membuat lencongan di KM 169.9 dan pengguna lebuh raya yang ingin ke selatan dinasihatkan untuk keluar di susur ke Tangkak dan masuk semula di Plaza Tol Bukit Gambir," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Bakarya Mohd Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.13 pagi dan dapat mengawal kebakaran kira-kira 30 minit kemudian.

"Kebakaran berlaku membabitkan bahagian hadapan sebuah lori jenis Scania.

"Pemandu selamat dan tidak mengalami kecederaan. Kebakaran juga tidak membabitkan kenderaan yang lain," katanya.

Disiarkan pada: July 25, 2017 @ 11:02am
d