mutakhir

Gagal samun kedai emas

Oleh Faliq Lajim

EMPAT lelaki yang cuba merompak kedai emas di Jalan Besar Sasaran, Kuala Selangor, pagi semalam, melarikan diri dengan tangan kosong selepas gagal memecahkan cermin pameran barang kemas.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, kejadian berlaku pada 11.35 pagi dan tiada pelanggan ketika itu.

"Ketika kejadian terdapat tiga pekerja. Mereka didatangi empat lelaki memakai topi keledar berpenutup penuh dan gelap dengan membawa kapak dan tukul besi.

“Seorang lagi ahli kumpulan itu mengawal keadaan di luar dengan menggunakan senjata dipercayai pistol," katanya.

Menurutnya, suspek cuba memecahkan cermin pameran barangan kemas di kedai emas itu namun gagal.

"Tindakan pantas seorang pekerja menekan butang penggera menyebabkan semua perompak melarikan diri dengan sebuah Perodua Alza," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: July 25, 2017 @ 2:21pm
d