mutakhir

Ditemui mati dengan kesan tembakan

Oleh Siraj Mohd Zaini

JURUTERA ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam, hari ini.

Dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, lelaki berusia 50 tahun ditemui terbaring di dalam tandas rumahnya bersama senapang patah miliknya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Nek Zaidi Zakaria berkata, mangsa yang mempunyai empat orang anak itu dipercayai tinggal seorang diri ketika kejadian.

Katanya, mangsa mempunyai lesen senjata api yang didaftarkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

"Bapa mentua mangsa yang kebetulan sedang membuka pagar rumah selepas pulang mengambil cucu kemudian terdengar bunyi tembakan dari dalam kediaman itu.

"Siasatan awal polis mendapati mangsa menembak diri sendiri dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Disiarkan pada: July 25, 2017 @ 4:03pm
d