mutakhir

Neffos X1 Lite RM499

Oleh Afiq Hanif

Neffos yang bernaung di bawah TP-Link memperkenalkan model telefon pintar ketiganya tahun ini, X1 Lite yang dijual pada harga RM499.

Dengan kenipisan 8.5 milimeter, ia menggunakan paparan 5.0 inci jenis 1280 x720 piksel untuk skrin depan yang turut dilengkapkan dengan pemprosesan MTK MT6750 (4 x Cortex-A53 1.5GHz + 4 x Cortex-A53 1.0GHz).

Selain itu, ia mempunyai RAM sebanyak 2GB dengan storan dalaman 16GB boleh ditambah menggunakan slot kad microSD sehingga 128GB.

Kamera utamanya beroperas pada 13 megapiksel manakala kamera depan pula lima megapiksel yang disokong rangkaian laju FDD-LTE Cat4 bagi pindah turun data 150Mbps serta 50Mbps untuk pindah naik.

Neffos X1 Lite ditawarkan dengan warna kelabu atau emas beroperasi pada Android 7.0.

Ia akan menggunakan bateri berkapasiti 2550mAh dan dilancarkan selebriti terkemuka, Fazura.

Disiarkan pada: July 25, 2017 @ 7:36pm
d