mutakhir

Ibu mentua MB Selangor meninggal dunia

Oleh Fuad Hadinata Yaacob

IBU mentua Menteri Besar Selangor, Siti Rahmah Ismail, 80, meninggal dunia di Hospital Gleanegles, Ampang pada 4.25 petang hari ini.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Allahyarham meninggal dunia disebabkan penyakit barah paru-paru.

Sementara itu Setiausaha Politiknya, Shuhaimi Shafiei berkata, jenazah dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang 6 petang ini untuk pengurusan jenazah.

Menurutnya, solat jenazah akan diadakan di masjid sama selepas solat Isyak sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Hulu Klang.

"Didoakan semoga almarhum dicucuri rahmat dan maghfirah Allah SWT serta mendapat husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dan ditempatkan di dalam syurga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 18 Februari lalu, ibu Mohamed Azmin, Che Tom Yahaya, 82, meninggal dunia akibat serangan angin ahmar di Hospital Pakar KPJ Damansara jam 2.14 pagi.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate kira-kira jam 11 pagi hari sama.

Disiarkan pada: July 25, 2017 @ 8:26pm
d