mutakhir

Mi 5X dwi kamera, lensa lebar

Oleh Afiq Hanif

XIAOMI memperkenalkan model Mi 5X yang mempunyai keupayaan dwi kamera dengan lensa lebar serta telefoto yang turut beroperasi bersama zum optikal sehingga dua kali.

Kamera utamanya beresolusi 12 megapiksel bagi sudut lebar dan telefoto.

Mi 5X menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 625 dan ditawarkan dengan warna hitam, emas atau emas ros.

Dengan kenipisan 7.3 milimeter, ia hadir bersama bateri berkapasiti 3080mAh selain RAM menjangkau 4GB.

Turut disertakan storan dalaman 64GB yang boleh disambung pada dengan slot kad microSD.

Mi 5X mempunyai skrin 5.5 inci HD penuh dengan dua slot kad SIM.

Ia dijual terlebih dulu di China pada harga RMB1,499 (RM951) bermula 1 Ogos ini.

Disiarkan pada: July 26, 2017 @ 7:42pm
d