mutakhir

Maut digilis bas

Oleh myMetro

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga emas maut selepas kepalanya digilis bas ketika melintas jalan di Jalan Tun Perak, di sini, jam 8.10 pagi semalam.

Mangsa, Yim Yuet Shiam, 79, disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat parah di kepala.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud berkata, siasatan awal mendapati mangsa melintas jalan menghala Jalan Parlimen sebelum dirempuh bas berkenaan.

“Kemalangan berlaku apabila bas terbabit dari arah Jalan Parlimen menghala Jalan Pudu membuat pusingan U untuk menghala ke Jalan Parlimen,” katanya.

Sementara itu, Ranger Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Zul-Atfi Abdul Wahid Amin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8.15 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Disiarkan pada: July 27, 2017 @ 5:51am
d