mutakhir

Dua lelaki ditahan curi bateri menara pemancar [METROTV]

Oleh Nur Saliawati Salberi

Jasin: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes mencuri dan membeli bateri digunakan di menara pemancar sebuah syarikat telekomunikasi membabitkan kerugian berjumlah RM120,000.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, kedua-dua suspek berkenaan ditahan dalam serbuan berasingan di Serkam dan Krubong.

Beliau berkata, suspek utama berusia 30 tahun ditahan ketika sedang mencabut bateri di sebuah menara pemancar sebuah syarikat telekomunikasi di Serkam jam 12 tengah hari, 17 Julai lalu.

“Terdahulu, jurutera syarikat telekomunikasi terbabit yang ke menara pemancar itu bagi melakukan pemeriksaan terserempak dengan suspek ketika itu sedang leka mencabut bateri berkenaan.

“Suspek tidak sedar diperhatikan jurutera terbabit yang kemudian melaporkan perkara itu kepada polis.

“Sepasukan anggota bergegas ke lokasi kemudian berjaya memberkas suspek,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, semalam.

Disiarkan pada: July 27, 2017 @ 6:37am
d