mutakhir

Mercedes E-Class Coupe lebih sporty [METROTV]

Oleh Lizam Ridzuan

MERCEDES-BENZ Malaysia (MBM) memperkenalkan model E-Class Coupe dalam segmen ‘Dream Car Collection’ untuk pasaran tempatan di Kuala Lumpur, hari ini.

Model mewah ini dilengkapi dengan enjin 2. 0 liter ditawarkan dalam dua varian iaitu E 200 Coupe dan E 300 Coupe dengan Edition 1.

Timbalan Presiden Jualan dan Pemasarannya, Mark Raine berkata, rekaan lebih sporty dan maskulin serta teknologi tahap tinggi menjadikan model ini sebagai laras indikasi dalam industri permotoran premium.

"Diasaskan daripada limusin eksekutif, model Coupe mewah ini adalah simbol status buat mereka yang mahukan kemewahan dan jentera berprestasi," katanya ketika pelancaran.

Semua varian dilengkapi dengan aksesori AMG Line dengan kuasa kuda 184 hp dan tork 300 Nm untuk E 200 dan 245 hp dengan 370 Nm untuk E 300.

E 300 Coupe turut ditawarkan dengan Edition 1 yang hanya dikeluarkan sebanyak 555 unit sahaja di dunia dengan beberapa ciri luaran dan dalaman berbeza.

Harga jualan bermula daripada RM435,888 untuk E 200 Coupe, RM499,888 (E 300 Coupe) dan RM534, 888 (Edition 1).

Disiarkan pada: July 27, 2017 @ 2:08pm
d