mutakhir

Bina 10,000 rumah mampu milik

Oleh Rosli Ilham

KERAJAAN Terengganu akan menggunakan bayaran balik pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1.85 bilion untuk membina 10,000 unit rumah mampu milik kepada rakyat terutama golongan belia.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, rumah terbabit akan segera dibina sebaik kerajaan negeri mendapat semula bayaran berkenaan.

"Daripada jumlah RM1.85 bilion itu, RM740 juta bakal digunakan bagi tujuan pembinaan rumah kepada golongan belia.

"Perkara ini sudah saya maklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan meminta supaya pembayaran itu disegerakan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Dungun di Dewan Majlis Perbandaran Dungun (MPD), hari ini.

Beliau berkata, rumah terbabit bernilai RM140,000 tetapi bakal pemilik hanya perlu membayar RM68,000 saja tanpa faedah.

"Mana ada negeri lain yang memberi kemudahan sebegini kepada rakyat tanpa faedah dengan menyediakan kemudahan pinjaman.

"Biarlah orang kata kita gila, tapi semua ini kita buat demi rakyat," katanya.

Disiarkan pada: July 28, 2017 @ 8:27pm
d