mutakhir

Mi 6, Mi Max 2 masuk Malaysia

Oleh Afiq Hanif

XIAOMI akhirnya akan mula menjual dua model telefon pintar ditunggu pengguna negara ini iaitu Mi 6 dan Mi Max 2 menerusi laman web Lazada dan Mi Premium Reseller di pusat beli belah Queensbay, Pulau Pinang.

Pra-tempahan Mi 6 dan Mi Max 2 yaang dijual pada harga masing-masing RM1,899 serta RM1,199 boleh dibuat bermula 31 Julai ini.

Mi 6 fokus kepada pembangunan kamera dengan ciri penstabil imej optikal (OIS) 4-axis yang mengurangkan kesan gegaran pada foto atau video selain datang dengan saiz 5.15 inci, Mi 6 datang bersama bateri 3350mAh.

Menariknya ia peranti pertama Xiaomi yang lengkap CPU nipis 10nm Qualcomm Snapdragon 835 (octa core, 2.45GHz) selain RAM 6GB dan storan 64GB.

Manakala Mi Max 2 pula phablet bersaiz 6.44 inci yang mempunyai kapasiti bateri 5300mAh mampu bertahan sehingga dua hari tanpa cas.

Mi Max 2 didatangkan dengan sistem pengecas pantas Qualcomm Quick Charge 3.0 yang membolehkannya dicas sehingga 68 peratus dalam masa sejam selain mempunyai kekuatan RAM 4GB.

Disiarkan pada: July 28, 2017 @ 9:18pm
d