mutakhir

Mayat dah jumpa

Oleh Siti Nor Amirah Abu Bakar

MAYAT lelaki warga emas yang terjun ke Sungai Klang di Jalan Dato Mohd Sidin, Klang Rabu lalu ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian, jam 6.15 petang hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mayat mangsa berusia 70-an itu ditemui terdampar di tebing sungai.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke jeti berhampiran stor Majlis Perbandaran Klang (MPK) Jalan Bandaran.

“Mayat itu kemudiannya diserahkan kepada polis dan operasi tamat jam 8.45 malam ini,” katanya.

Pada kejadian jam 1 tengah hari Rabu lalu, warga emas itu dilihat memanjat penghadang jambatan sebelum terjun ke sungai berkenaan.

Lelaki itu turut meninggalkan Honda EX5 berhampiran kawasan berkenaan.

Saksi kejadian kemudiannya menghubungi bomba dan penyelamat.

Disiarkan pada: July 28, 2017 @ 9:43pm
d