mutakhir

Lima kanak-kanak disengat obor-obor

Oleh Norasikin Daineh

LIMA kanak-kanak disengat obor-obor dalam dua kejadian berasingan di Pantai Tanjung Aru 2, Kota Kinabalu, hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Muliadi Al Hamdi Ladin berkata, kejadian berlaku pada 12.30 tengah hari dan 2.42 petang membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

"Laporan diterima ketika sepasukan skuad APM melakukan rondaan dan segera mendapatkan mangsa yang terkena sengatan obor-obor.

"Anggota APM membawa semua mangsa ke menara penyelamat pantai untuk diberi rawatan awal dengan menggunakan asid asetik bagi menghentikan kesan gatal yang disebabkan sengatan obor-obor," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Muliadi, semua kanak-kanak terbabit dibawa pulang oleh keluarga masing-masing selepas mendapat rawatan awal itu.

Disiarkan pada: July 30, 2017 @ 5:50pm
d