mutakhir

Fokus tanam bijirin jagung untuk ternakan

Oleh myMetro

Temerloh: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta semua pihak memandang serius penanaman jagung bijian dalam pembangunan industri makanan ternakan di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara berkenaan perlu dipandang serius bagi merealisasikan industri itu.

“Semua pihak menganggap Malaysia tidak sesuai untuk menanam jagung bijian tetapi mengapa Indonesia dan Thailand boleh maju dalam industri berkenaan?

“Justeru, saya meminta supaya semua pihak melihat perkara ini secara serius kerana saya yakin ia ada pasaran dan permintaan yang mencukupi terutama daripada kalangan penternak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penutup Mesyuarat Agung Tahunan ke 36 Pertubuhan Peladang Kawasan Temerloh di Dewan Tun Razak, di sini, semalam.

Disiarkan pada: July 31, 2017 @ 9:31am
d