mutakhir

25 lokasi pembuangan sisa binaan secara haram

Oleh Nor Farhani Che Ad

PERBADANAN Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kedah mengenalpasti 25 lokasi ‘panas’ sebagai kawasan pembuangan sisa bahan pembinaan secara haram di negeri ini.

Pengarah SWCorp negeri, Hazahar Hashim berkata, ia membabitkan daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Yan, Pendang, Kubang Pasu dan Baling.

"Satu garis panduan sudah diputuskan kepada semua pemaju dan kontraktor syarikat binaan untuk memastikan sisa binaan dibuang di kawasan dibenarkan.

"SWCorp juga akan membuat intipan dan siasatan terhadap syarikat binaan yang didapati melakukan kesalahan membuang sisa binaan di tempat yang tidak dibenarkan atau di tempat awam," katanya selepas merasmikan Jentera Pembersihan Baru oleh kontraktor Syarikat E-Idaman Sdn Bhd (Azhar Prestige Environment Sdn Bhd) di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pada tahun ini, sebanyak tiga kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan sama iaitu dua kes membabitkan syarikat pembinaan di Kulim dan satu di Sungai Petani.

Disiarkan pada: July 31, 2017 @ 4:24pm
d