mutakhir

Parah terjatuh tingkat empat

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

MURID darjah enam parah selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating, Kuantan, 3.30 petang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam kejadian itu mangsa, Muhammad Syawal Heri, 12, dikatakan bersama empat lagi rakannya memanjat bumbung sekolah untuk mencari burung.

"Bagaimanapun ketika sedang mencari burung mangsa telah tergelincir sebelum jatuh ke bahagian siling bangunan tingkat empat dan terhumban ke tanah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa kini dirawat di Hospital Kemaman kerana mengalami pendarahan di kepala.

Beliau berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan termasuk mengambil keterangan rakan mangsa dan kakitangan sekolah berkenaan.

Disiarkan pada: July 31, 2017 @ 8:27pm
d