mutakhir

10 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Oleh Mohd Ruzaini Zulkepli

SEPULUH keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Rumah Murah Kepayan, Jalan Bersatu, Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Kebakaran turut memusnahkan sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max milik mangsa.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Jamaludin Hussin berkata, bomba menerima panggilan kecemasan itu pada 9.17 pagi.

Beliau berkata, susulan itu, tujuh jentera dari BBP Kota Kinabalu dan BBP Penampang dengan kekuatan seramai 41 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, kita dapati rumah dua tingkat terbakar. Operasi pemadaman terus dilakukan sebelum api berjaya dikawal pada 9.37 pagi," katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: August 1, 2017 @ 1:25pm
d