mutakhir

Mati tergantung di parkir kereta

Oleh Omar Osman

MAYAT lelaki berusia 49 tahun ditemui tergantung di tempat letak kereta sebuah kilang di Bakar Arang, Sungai Petani, hari ini.

Mangsa ditemui 8 pagi oleh pengawal keselamatan berusia 50 tahun yang terkejut melihat rakannya mati tergantung.

Dia datang menggantikan mangsa yang tamat waktu kerja sebagai pengawal keselamatan.

Menurut sumber, rakannya pada mulanya tidak menyedari kejadian itu dan memanggil nama mangsa beberapa kali.

"Dia memeriksa di sekitar kawasan kilang sebelum terlihat rakannya tergantung di tempat letak kereta tidak jauh dari balai pengawal.

"Dia kemudian menghubungi penyelia dan polis memaklumkan kejadian itu," katanya.

Sumber berkata, polis menemui kerusi dan tangga di tempat terbabit yang dipercayai diguna mangsa dalam kejadian itu.

"Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Disiarkan pada: August 2, 2017 @ 2:42pm
d