mutakhir

12 diburu SPRM

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan 12 individu bagi membantu siasatan membabitkan penahanan 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Melaka, Mei lalu.

Dalam kenyataan media hari ini, SPRM berkata, 12 individu itu dikehendaki mengikut Akta SPRM 2009.

"Individu berkenaan adalah Tee Kian Yee, 29; Ng Kok Yuan, 28; Lim Chin Wah, 33; Ng Kim Boon, 51; Goh Tse Yuan, 30; Tan Kai Boon, 26; Chua Kiew Chai, 50; Khor Chee How, 38; Tan Seng Hwee, 31; Sah Kok Onn, 32; Teoh Song Peng, 48; dan Tan Wee Kok, 25," katanya.

“Kesemua 12 individu itu berasal dari Melaka, Johor dan Selangor dan mereka dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi tanpa lesen dan rumah urut di sekitar Melaka,” katanya.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kesemua lelaki berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM, Saiful Amir Hamzah di talian 03-88867592 atau 014-224 4003.

Disiarkan pada: August 2, 2017 @ 3:01pm
d