mutakhir

Muda-mudi dadah kantoi

Oleh Rosliza Mohamed

TUJUH individu ditahan bersama sejumlah dadah dianggarkan bernilai RM3,600 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Khatib Ali, Kota Bharu, malam tadi.

Semua mereka berusia 30 dan 31 tahun ditahan dalam Ops Tapis Narkotik, kira-kira jam 11 malam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, sebelum serbuan, seorang daripada suspek mahu keluar rumah dan terserempak sepasukan anggotanya yang sudah mengepung kawasan itu.

"Suspek kemudian diminta membuka kunci pintu jeriji dan pemeriksaan dalam rumah menemui enam lagi individu,

"Kita juga temui dua paket plastik cerah mengandungi ketulan kristal, satu tiub straw mengandungi pil yang nilai keseluruhan dianggar RM3,600," katanya hari ini.

Beliau berkata, semua suspek juga positif dadah jenis Methamphetamine dan direman selama tujuh hari mulai hari ini.

Katanya, mereka disiasat mengikut Seksyen 38A (1) dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Disiarkan pada: August 2, 2017 @ 5:42pm
d