mutakhir

Hanya jumpa bot [METROTV]

Oleh Helmy Abd Rahman dan Rosli Ilham

PASUKAN penyelamat menemui bot gentian kaca dinaiki lima nelayan yang masih hilang di muara Kuala Dungun, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, bot berkenaan ditemui kira-kira 10.30 pagi hari ini, sekitar 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Operasi pencarian dipergiatkan membabitkan pasukan selaman, pencarian menggunakan bot, rondaan pesisir pantai serta dibantu penduduk kampung.

“Operasi disambung jam 8 pagi hari ini, membabitkan 70 orang daripada pasukan polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung," katanya ketika ditemui di Pantai Kuala Dungun, hari ini.

Menurutnya, pasukan penyelamat belum menemui petunjuk lain selain bot berkenaan.

"Bagaimanapun usaha pencarian dipertingkatkan dengan jarak carian diperluas kepada lima kilometer," katanya.

Semalam, empat nelayan, Mohd Zawawi Mohamed, 27, Che Mohd Afendi Ismail, 34, Mohd Nazri Yaccob, 37, dan Abd Wahab Zakaria, 40, dilaporkan hilang selepas bot gentian kaca dinaiki mereka terbalik dibadai ombak kira-kira 10 malam.

Seorang lagi nelayan, Mohd Shazrin Yaccob, 33, dapat menyelamatkan diri dengan berenang hampir tiga jam ke pantai.

Disiarkan pada: August 3, 2017 @ 1:54pm
d