mutakhir

Ajal terjun sungai

Oleh Siti Nor Amirah Abu Bakar

Wanita yang terjun ke dalam Sungai Klang dari Jambatan Bukit Kuda, Klang awal pagi hari ini ditemui lemas 5.23 petang hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, mayat wanita berusia 58 tahun itu ditemui kira-kira tiga meter dari tebing sungai dan kira-kira 500 meter dari tempat dia dikatakan terjun.

"Mayat mangsa ditemui selepas ia timbul kira-kira tiga meter dari tebing sungai.

"Mayat sudah disahkan keluarga dan akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam kejadian awal pagi tadi, mangsa dikatakan terjun ke sungai berkenaan sebelum saksi yang melihat kejadian itu menghubungi pasukan bomba dan penyelamat jam 1.41 pagi.

Selipar mangsa ditemui di jambatan berkenaan dan operasi mencari dan menyelamat dilakukan tujuh anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja.

Disiarkan pada: August 3, 2017 @ 7:05pm
d