mutakhir

Polis lengkapkan siasatan

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

PEMANDU wanita yang ditahan selepas melanggar dinding sebuah rumah di Jalan Mesra 2 dekat Kampung Pasir Putih, Johor Bahru, semalam hingga menyebabkan seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan meninggal dunia, dilepaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, wanita berusia 40 tahun itu dilepaskan kira-kira 10 malam tadi, selepas polis selesai mengambil keterangan daripadanya.

"Terdahulu, wanita itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Seri Alam berhubung kejadian itu.

"Bagaimanapun, dia dibebaskan beberapa jam selepas diambil keterangan.

"Kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu wanita itu mempunyai lesen memandu yang sah dan ujian saringan awal air kencingnya juga didapati negatif dadah.

Semalam, Nurul Ain Farisha Md Zainuddin meninggal dunia selepas ditindih dinding rumahnya yang runtuh akibat dilanggar Hyundai Matrix dipandu wanita berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila wanita itu menekan pedal minyak sebelum sempat menukar gear kepada undur.

Disiarkan pada: August 3, 2017 @ 7:20pm
d