mutakhir

Tiada kes baru rabies

Oleh Zuhainy Zulkiffli

TIADA kes baharu jangkitan penyakit anjing gila atau rabies dilaporkan sejak lima kes yang menyebabkan kematian, bulan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kawalan terhadap pencegahan jangkitan masih diteruskan bagi mengelak penularannya.

"Walaupun tiada kes baru dikesan, kita masih tidak boleh mengisytiharkan sebagai bebas penyakit anjing gila berikutan tempoh inkubasinya adalah selama dua tahun.

"Sehingga kini, kita masih menjalankan pelbagai langkah pencegahan dan diharap negara ini akan bebas rabies sepenuhnya," katanya kepada media di Georgetown, hari ini.

Noor Hisham ditemui selepas merasmikan Majlis Persidangan Sains Perubatan Keluarga ke-20 di Bukit Jambul, Georgetown yang disertai 800 peserta dari seluruh negara.

Sejak April hingga Julai lalu, lima kes kematian dilaporkan akibat jangkitan rabies di Serian, Sarawak.

Disiarkan pada: August 3, 2017 @ 11:04pm
d