mutakhir

27 kes jenayah diselesaikan

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

POLIS menyelesaikan 27 kes pecah rumah, curi motosikal dan samun dengan tertangkapnya lapan individu di Sandakan sepanjang bulan lalu.

Sepanjang operasi itu, polis turut merampas barangan bernilai RM176,040.

Suspek terdiri daripada enam lelaki tempatan dan dua lelaki warga asing.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, suspek ditahan bersama dengan 98 barangan dipercayai hasil jenayah termasuk sebuah motosikal dan dua kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati tujuh daripada suspek positif dadah," katanya pada sidang media di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457, 379, 379A, 448,392/397 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: August 4, 2017 @ 12:43pm
d