mutakhir

Mu-X tampil lebih bergaya [METROTV]

Oleh Lizam Ridzuan

ISUZU Malaysia Sdn Bhd memperkenalkan model Mu-X baru versi peningkatan (facelift) dengan pembaharuan pada ruangan dalaman, luaran dan keselamatan.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan tujuh tempat duduk itu mula diperkenalkan di pasaran tempatan pada Jun 2015 kini tampil lebih bergaya dengan lampu depan projektor bi-LED spektrum biru, enam beg udara SRS, kulit lembut dalaman, roda aloi 18 inci dan warna baru Havana Brown Mica.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka berkata, selain dikenali kerana ketahanan enjin dan mampu mengharungi laluan lasak, Mu-X kini diberi sentuhan lebih sporty dan premium.

"Ia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan terbaik seperti Kawalan Menuruni Bukit (HDC) yang berfungsi memberi kawalan lebih lancar dan teratur semasa berada dalam laluan lasak dan off-road," katanya ketika pelancaran di Serdang, hari ini.

Ia masih mengekalkan enjin diesel 2.5 liter Sistem Geometri Boleh Ubah (VGS) Turbo Intercooler dengan lima transmisi kelajuan automatik.

Isuzu Mu-x baru ditawarkan dalam dua varian iaitu 4x2 dijual pada harga bermula daripada RM176,640 dan 4x4 pada RM183,000 (harga atas jalan tanpa insurans) dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan.

Disiarkan pada: August 4, 2017 @ 1:04pm
d