mutakhir

1,200 sertai larian keamanan

Oleh Hamzah Osman

SERAMAI 1,200 peserta menyertai larian keamanan ‘run for peace’ 2017 dengan membawa mesej keamanan dan menyemai budaya keamanan di Langkawi, hari ini.

Larian sejauh tujuh kilometer membabitkan peserta pelbagai kaum mulai 7.30 pagi dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) Soka Gakkai Malaysia (SGM) cawangan Kedah dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Kedah (JBSK).

Pelepasan peserta disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid di parkir Lembaga Pembangunan Langkawi.

Hadir sama, Pengarah Belia dan Sukan Kedah, Mohd Salleh Ramli, Pengerusi MCA Langkawi Datuk Chen Liau Weng, Timbalan Pengerusi MIC Langkawi, K Muniandy dan Timbalan Pengerusi SGM, Wong Hung Yen.

Mohd Rawi berkata, rakyat Malaysia harus bersyukur dan tidak mengambil mudah perkara itu bagi mengelakkan elemen kebencian atau perpecahan terus tersebar dalam kalangan penduduk.

“Larian ini bertujuan untuk kita bersama-sama dalam satu hasrat menyampaikan mesej keamanan kepada seluruh masyarakat," katanya.

Sementara itu, Hung Yen berkata, acara yang diadakan di Langkawi itu adalah yang kedua di Kedah selepas penganjuran acara sama di Alor Setar pada 21 Julai lalu yang disertai lebih 5,000 orang.

Disiarkan pada: August 4, 2017 @ 3:51pm
d