mutakhir

Rakyat kita di Dubai okay

Oleh Nursyahirah Marzuki

LIMA rakyat Malaysia yang mendiami The Torch Tower, Dubai, dilaporkan selamat berikutan insiden kebakaran di bangunan kediaman tertinggi di dunia itu, semalam.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataannya, rakyat Malaysia sekitar kawasan kejadian dan memerlukan bantuan konsular disarankan berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia.

“Kita simpati terhadap mangsa terbabit dalam insiden itu dan mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi +971-4-3985 843 atau email ke mwdubai@kln.gov.my.

"Mereka juga boleh terus berurusan di 83, Street 10D, Mankhool, Bur Dubai P O Box 4598, Dubai, United Arab Emirates," katanya, hari ini.

Semalam, bangunan kediaman tertinggi di dunia Torch Tower, Dubai terbakar, pada 12.45 malam waktu tempatan.

Kebakaran di bangunan setinggi 79 tingkat itu adalah kali kedua sejak 2015.

Bagaimanapun, kejadian tidak mendatangkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Berita berkaitan

Torch terbakar lagi

Disiarkan pada: August 5, 2017 @ 3:52pm
d