mutakhir

Bincang guna peranti di sekolah

Oleh Ardyhansah Amat

KEMENTERIAN Pendidikan bakal membenarkan penggunaan peranti dalam kalangan pelajar di sekolah seluruh negara, bermula awal tahun depan.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bagaimanapun, peranti secara terkawal itu tidak akan membabitkan telefon bimbit.

"Setakat ini, perbincangan mengenai penggunaan peranti di sekolah kini di peringkat akhir sebelum garis panduan dan pekeliling dikeluarkan kementerian.

"Kementerian masih melihat kaedah terbaik dalam mengawal penggunaan peranti di sekolah termasuk hanya digunakan pada subjek atau tempoh masa tertentu," katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-24, di Institut Aminuddin Baki, di sini, hari ini.

Beliau berkata, banyak negara maju sudah membenarkan penggunaan peranti di sekolah bagi tujuan memudahkan sesi pembelajaran.

Disiarkan pada: August 8, 2017 @ 4:07pm
d