mutakhir

Apa kelas hisap dadah

Oleh Nur Syazwana Mansor

LIMA lelaki ditahan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada serbuan berasingan di dua kampung di Sik, hari ini.

Pegawai AADK Daerah Sik Roslin Baharom berkata, pada serbuan pertama di sebuah rumah di Kampung Banggol Kiat, pihaknya menahan tiga lelaki yang sedang leka menghisap dadah.

Katanya, rumah itu baru seminggu dijadikan sarang penagihan dadah.

“Operasi bermula jam 11 malam semalam dan berakhir, jam 7 pagi hari ini membabitkan lima anggota AADK diketuai Khairul Anuar Mansor.

“Kami turut menyerbu sebuah rumah di Kampung Chemara dan menahan dua beradik yang turut terbabit dengan dadah.

“Kelima-limanya yang berusia 24 tahun hingga 31 tahun dibawa ke pejabat AADK untuk tindakan lanjut,” katanya pada kenyataan.

Roslin berkata, hasil ujian air kencing mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis opiat dan methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

“Kelima-limanya ditahan di Pusat Tahanan AADK Kampung Selamat sebelum didakwa di mahkamah,” katanya.

Disiarkan pada: August 8, 2017 @ 5:49pm
d