mutakhir

Muar dilanda banjir kilat

Oleh Mohd Sabran Md Sani

FENOMENA air pasang dan hujan lebat mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Muar, hari ini.

Sekretariat Jabatan Perancangan Bandar Daerah (JPBD) Muar, Mejar (PA) Ahmad Aliuddin berkata, kawasan terjejas membabitkan Bandar Maharani, Bulatan Jalan Sulaiman dan Jalan Timbalan.

"Turut terjejas adalah Jalan Arab, Jalan Bakri, Jalan Abdul Rahman, Sungai Abong dan Tanjung Emas," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terbabit memantau kejadian.

"Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedia maklum dan membuka kunci air dan keadaan air meningkat," katanya.

Disiarkan pada: August 8, 2017 @ 5:57pm
d