mutakhir

Nyaris lemas asap kebakaran

Sungai Besar: Seorang lelaki nyaris lemas akibat terhidu asap apabila treler tanpa muatan dipandunya tiba-tiba terbakar di Jalan Parit 4 Gambut, semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, mangsa Mohd Afirullah Suardi, 25, dalam perjalanan dari Sekinchan menuju ke Sungai Panjang untuk mengambil muatan sekam padi.

Menceritakan semula kejadian, Mohd Afirullah berkata, setibanya di tempat kejadian, ruang pemandu kenderaan berat berkenaan tiba-tiba dipenuhi asap tebal hingga menyebabkan dia hampir lemas.

“Keadaan itu mengakibatkan treler dipandu nyaris terbabas, namun saya dapat mengawal dan berhenti di bahu jalan lalu bergegas menyelamatkan diri dengan terjun dari pintu.

“Mujur keadaan jalan ketika itu lengang. Jika tidak, kemalangan lebih buruk mungkin boleh berlaku,” katanya.

Disiarkan pada: August 9, 2017 @ 4:14am
d